Category Archives: Vitamin-C

GST oh GST

Selamat pagi semua.. Hari ini saya nak berkongsi & membuat pengumuman tentang GST & Shaklee.

Bermula 1 April 2015 nanti, semua produk Shaklee & keahlian baru akan dikenakan GST. Personally saya memang sangat berat hati kerana ianya bermakna peningkatan utk harga barangan & keahlian Shaklee. 

Namun, saya harus berfikiran POSITIF! Ini juga bermakna Shaklee WAJIB dijadikan platform untuk meningkatkan ekonomi diri & keluarga. 

Oleh itu, saya mencadangkan agar anda semua mengambil peluang, re-stock keperluan Shaklee anda sebelum dikenakan harga baru! 

ï»ż

Remember, positive thinking always make things become  more easy & manageable  đŸ˜˜ï»ż

Hubungi saya untuk infomasi terkini;

Hana SID 968997 @ 019- 572 7240

Advertisements

Cara atasi sakit belakang

Perkongsian hari ini berkisarkan tentang cara atasi sakit belakang secara semulajadi.

Ini adalah perkongsian pengalaman.. Saya harap ianya mampu menjadi petunjuk untuk insan lain yang memerlukan…

**************************************************************************
Remedi Shaklee untuk Sakit Belakang Saya – By: Puan Qider

Anda mengalami sakit belakang?

Join the club, saya juga mengalaminya.

Tiga tahun lepas saya melahirkan si kembar secara pembedahan. Maka saya dibius separuh badan dan ubat bius dimasukkan di tulang belakang. Setahun selepas itu saya dibius lagi, kerana komplikasi setelah melahirkan adik si kembar (adik si kembar dilahirkan secara normal).

Kesannya, saya mengalami sakit belakang yang sangat merimaskan. Ada harinya saya hanya lenguh-lenguh biasa, ada kalanya menyakitkan sampaikan saya perlu baring dan meninggalkan segala kerja rumah (dan kerja pejabat).

Kebanyakan doktor yang saya jumpa hanya memberikan ubat penahan sakit yang pastilah tidak akan saya makan. Saya sanggup menahan sakit kerana memikirkan kesan sampingan daripada ubat penahan sakit itu.

Sehinggalah pada suatu hari, saya kembali ke klinik yang sama setelah kehilangan referral letter (sebelum ini memang dah minta untuk MRI atau yang sewaktu dengannya di hospital) untuk pemeriksaan lanjutan.

Ketika itu sakit belakang masih mengganggu saya, dan kebetulan hari itu merupakan antara hari sakitnya begitu intense.

Setelah didiagnos, doktor tersebut memberikan saya referral letter , Neurobine dan plaster ala-ala Panaflex.

Menurut doktor tersebut, Neurobine ini merupakan vitamin B yang akan terus diserap ke saraf tulang belakang saya sekaligus melegakan kesakitan yang saya alami.

Apabila saya pulang ke rumah, saya membelek-belek Neurobine tersebut. Ia mengandungi Vitamin B1, B6 dan B12.

Mengikut pembacaan saya, adalah benar 3 vitamin B ini membantu dalam penjagaan kesihatan saraf tunjang dan tulang belakang. Akan tetapi, vitamin B memerlukan komponennya yang lengkap supaya dapat disentesis oleh badan.

Maka dengan itu saya memulakan regim ‘rawatan’ sakit belakang saya dengan supplemen Shaklee.

Berikut ialah 4 supplemen Shaklee yang saya amalkan religiously untuk menghilangkan sakit belakang saya.

1. Shaklee B-Complex

B Complex secara asasnya merupakan anti-radang semulajadi. Oleh itu ia mengurangkan rasa sakit yang dialami di bahagian sendi tulang belakang. B1 yang terdapat dalam B-Complex membantu menguatkan myelin sheath. Ia adalah satu lapisan yang melindungi saraf. Apabila lapisan ini kuat (tidak rosak), maka dapat membantu kepada kesihatan saraf kerana jika lapisan ini rosak, maka rosaklah saraf kan? B6 pula memastikan sistem saraf berfungsi dengan normal manakala B12 penting dalam mengekalkan integriti myelin sheath serta menyokong terhadap aliran impuls saraf dengan lebih baik. Akan tetapi, vitamin B tidak boleh diambil secara berasingan kerana ia akan menyebabkan deficiency vitamin B yang lain.

Oleh itu sebaiknya, ambillah supplemen B-Complex untuk menjaga kesihatan saraf dan tulang belakang. Ia mampu mengurangkan sakit belakang yang anda deritai.

2.  Shaklee Sustained Released Vita-C

Vitamin C ataupun asid askorbik, adalah vitamin yang turut membantu sakit belakang. Apabila vitamin C berkurang, badan tidak dapat menghasilkan kolagen, iaitu sejenis protein yang bertindak seperti gam yang mengikat sel-sel bersama-sama. Apabila sel-sel cakera intervertebral di tulang tidak terikat antara satu dengan lain, ia akan degenerate, rupture, herniate, atau “slip.”

Berat badan banyak tertumpu pada tulang belakang. Jadi apabila kita meregangkan badan dan bergerak, dengan keadaan cakera tulang belakang dalam keadaan lemah dan haus, ia akan menekan saraf di kedua-dua bahagian sisi badan.

Vitamin C membantu mengurangkan sakit belakang dengan meningkatkan sistesis kolagen dilakukan lebih efektif oleh badan. Ia juga meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan yang menggalakkan tulang yang kuat dan sihat. Vitamin C turut berperanan membantu dalam proses penyembuhan keretakan dan patah tulang, luka dan terbakar.

Shaklee Vita-C bukan sahaja mempunyai khasiat bersamaan 7 biji oren malahan ia mempunyai faktor pelepasan masa iaitu 100mg vitamin C dilepaskan ke badan pada setiap jam.

3 . Shaklee Ostematrix

Tulang dan kalsium tidak dapat dipisahkan. Untuk mendapatkan kesihatan tulang yang baik (dan
mengurangkan sakit belakang juga), kita memerlukan kalsium.

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese.

Kalsium berperanan seperti satu blok bangunan (macam batu bata) kepada tulang untuk membentuk struktur tulang yang kuat.

Selain kalsium, tulang memerlukan magnesium yang berperanan mengekalkan otot dan fungsi saraf. Pengambilan magnesium yang mencukupi boleh mengelakkan kekejangan otot dan mengurangkan sakit belakang.

Badan juga memerlukan vitamin D untuk membina sel-sel tulang yang baru. Ia juga merupakan komponen penting dalam penyerapan kalsium untuk tulang yang sihat. Kekurangan vitamin D dalam badan boleh melembutkan permukaan tulang, yang biasanya menyebabkan sakit belakang.

Ostematrix mengandungi segala nutrisi yang diperlukan untuk tulang anda.

4. Shaklee Collagen Powder

Kolagen terkenal dalam membantu menjaga kesihatan tulang belakang. Penuaan merupakan suatu proses yang menyebabkan penghasilan kolagen merosot di dalam badan dan menyebabkan sendi-sendi menjadi haus termasuklah sendi di bahagian tulang belakang. Ini mengakibatkan kesakitan yang bersangatan.

Suntikan bius (epidural atau spinal) di bahagian tulang belakang akan memberi kesan sampingan yang menyebabkan regangan kepada bahagian tersebut dan menyumbang kepada sakit belakang.

Oleh itu, Shaklee Collagen Powder yang mempunyai partikel micro-fine akan terus diserap oleh sendi di bahagian tulang belakang dan perlahan-lahan ia membaiki bahagian yang rosak dan menggantikan kolagen yang telah rosak juga.

Saya mengamalkan regim Ostematrix + Collagen Powder + B-Complex + SR Vita C selama beberapa bulan.

Alhamdulillah, sakit belakang saya berkurang sehinggakan saya teragak-agak sama ada mahu meneruskan dengan pemeriksaan lanjutan atau tidak.

Hanya jika saya tersalah makan makanan yang menjadi pantang kepada orang yang mengalami sakit tulang belakang atau sendi seperti contohnya tauge, kobis dan kucai, maka sakit itu akan datang semula.
Tapi tidaklah terlalu sakit seperti dahulu. Suplemen kena ambil, makan pun kena jaga.

Vitamin Shaklee Mahal!

Vitamin Shaklee Mahal???

Issue ini seringkali saya dengar..

Jom baca, saya nak share bagaimana saya lihat harga2 supplement Shaklee ini…

Katakan:
*************
Vitamin C berharga RM 93.00.
Quantiti sebotol : 180 biji
Dos harian: 1 biji

Sekiranya saya konsistent mengambil vitamin C setiap hari, purata SEBOTOL vitamin C tahan selama 6 BULAN!

Oleh itu, saya hanya membelanjakan RM 0.52 SEN sehari untuk mendapatkan sebiji vitamin C

image

~~~~~~~~
Murah ke mahal ye?

Rasanya makan fast food lagi mahal gitewwww…✌✌✌

Vitamin Penting Sebelum Hamil

Intipati daripada pembacaan malan ini…

Zat Pemakanan Yg Diperlukan Sebelum Hamil:

#FolicAcid – sangat penting; mengelakan kecacatan tiub neural pada bayi. Perlu ambil 400mcg sehari,3 bulan sebelum hamil.

#Zinc – Untuk meransang kesuburan individu; mineral paling penting untuk membantu kesuburan & pembiakan manusia.

#VitaminC – untuk kekal sihat; menguatkan immune system supaya ceria, aktif & mudah hamil.

Selain kita pastikan makanan ruji kita adalah berkhasiat, pengambilan supplement membantu memastikan badan kita mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi!

Suplemen Shaklee yang menjadi pilihan:

1. Vitalea – Multivitamin Shaklee yang mengandungi 200 mcg Folic Acid

2. Mealshake – Serbuk minuman yang diperkaya dengan pelbagai vitamin. Sesuai untuk orang yang tidak suka makan pil atau kanak-kanak.  Juga mengandungi Folic Acid.

3. ESP – Sumber protin terbaik yang dihasilkan daripada non-GMO dan mempunyai index Glisemik yang rendah.

4. Sustainable Release Vitamin C – 500mg Vitamin-C untuk 5 jam

6. B-Complex – Mengandungi semua vitamin B termasuk 200mcg Folic Acid.

image

7. Zinc Complex – meningkatkan kualiti & kuantiti sperma!

Alhamdulillah… Hamil!!!

Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti inginkan kehadiran cahaya mata..

Usaha tanpa jemu serta perancangan yang teliti diiringi doa & tawakal kepada Allah merupakan ikhtiar yang wajib dilakukan oleh setiap pasangan yang inginkan cahaya mata.

Namun, apabila ikhiat anda itu dijawab oleh pencipta anda, apakah langkah seterusnya???

Berikut adalah cadangan makanan tambahan untuk wanita hamil yang lengkap:

image
Full Pregnancy Set

Ingin diingatkan bahawa keperluan makanan tambahan @ suplemen adalah berbeza di setiap fasa kehamilan. Oleh itu, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat & bimbingan yang betul daripada pengedar Shaklee serta pemeriksaan berkala oleh pakar sakit puan 🙂

Cuti-cuti di Grand Lexis PD

Assalamualaikum.
 
Kali ini nak berkongsi pengalaman kami sekeluarga bercuti di Grand Lexis, PD.Hotel yang unik kerana mempunyai private swimming pool yang tersorok & besar. Sangat sesuai bagi sesiapa yang inginkan ‘privacy’.
 
Masa check in: 14:00
Masa check out: 12:00
 
Tips UTAMA daripada saya:
  1. Jika anda datang dengan jumlah yang ramai tapi hanya dapat satu bilik sahaja, anda boleh membawa barangan kegunaan sendiri seperti tuala & keperluan bilik air.
  2. Bilik di hotel ini cukup luas. Tetapi hanya 2 vaucher breakfast yang diberi. Selebihnya, kene add-on sendiri di restaurant semasa breakfast. Harga breakfast agak reasonable.
  3. Bawa kelengkapan mandi yang sesuai. Sekiranya anda mempunyai anak kecil, sila bawa pelampung kerana ‘private pool’ini agak dalam (4 feet).
 
Gambar2 dibawah adalah koleksi saya semasa berada di Grand Lexis, menginap di Grand Garden Pool Villa.
 
Tempat bersantai di kawasan private pool.
 
 
Ruang dapur yang bersambung dengan tempat tidur & berdekatan dengan pintu ke private pool.
 
 
 
Ruang tamu
 
 
2 Katil king size
 
 
 
Private pool sedalam 4 kaki. Kanak2 dinasihatkan untuk membawa pelampung.
 
 

Set Penyusuan 3M

BERITA BAIK untuk Para Ibu yang Menyusukan Anak!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera.. 

Entry kali ne saya nak share tentang set penyusuan 3M…Ape tu Set 3M?? 

Set penyusuan lengkap mengandungi:
1.Vita-Lea Iron
2.B-Complex
3. Vita-C
4. Alfafa Complex
5.Ostematrix
6.ESP – Soy Protein Isolate Powder

Nak tahu tak ape fungsi-fungsi supplements yang terdapat dalam set 3M ne?

Vita-Lea Iron Formula
Juga dikenali sebagai multi-vitamin SHAKLEE. Ia lengkap mengandungi 28 vitamin & mineral penting yang diperlukan oleh seorang dewasa. Antara kebaikan yang kita boleh perolehi dengan mengambil vita-lea ini adalah:
  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas*
Yang menarik lagi, supplement vita-lea telah menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk!

B-Complex
Supplement B-complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang. Vitamin ini dapat membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain*

B-complex SHAKLEE mempunyai “patented nurtient delivery system” dimana system bertujuan untuk meningkatkan penyerapan nutrient yang sangat kritikal iaitu folik asid. Kekurangan folik asid di dalam diet wanita yang merancang kehamilan atau sedang hamil sangat memberi kesan kepada perkembangan bayi di dalam kandungan; iaitu bayi berisiko untuk mengalami masalah kecacatan saraf tunjang!

Vita-C
Vitamin C merupakan anti-oksida yang kuat berfungsi di dalam menyokong kesihatan jantung, imunisasi diri, keutuhan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot, dan pembuluh darah*.

Pengambilan vitamin C juga dapat membantu meningkatkan lagi sistem ketahanan (immunisation) bayi melalui susu ibu; lebih-lebih lagi semasa bayi mengalami masalah selsema.
Nak tahu apa perbezaan Vitamin C Shaklee??

“Sains pembebasan berterusan secara semulajadi” vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% daripada bioflavonoid, diestrak daripada kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan menigkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas

Alfafa Complex
Alfafa complex atau jamu modern SHAKLEE ini berperanan sebagai “milk booster”. 10 biji alfafa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu!!! 

Antara kebaikan lain Alfafa complex adalah:
  • Mencuci hati, darah dan usus – Sangat berakali, berperanan di dalam menyeimbangkan paras asid di dalam darah dan dapat menyingkirkan toksin dari badan*
  • Melawan Alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensetif, kurap, bau badan dan ulat air*
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut– Membaiki masalah saluran peghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit*
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka masa panjang daripada alfafa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi*
Ostematrix
Ostematrix SHAKLEE mengandungi 250mg Kalsium, 100IU vitamin D3, 100mg Magnesium dan bahan minerals lain seperti Zinc, Copper, Maganese dan Boron. Kesemua vitamin & mineral ini diperlukan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat & kuat. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ostematrik membekalkan sumber kalsium tambahan selain daripadan sumber makanan harian bagi memastikan ibu mempunyai cukup kalsium untuk diri ibu dan anak-anak.
ESP – Soy Protein Isolate Powder
ESP SHAKLEE diperbuat daripada Non-GMO (Genetically Modified Organism) soya. Membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga mengandungi 5 submer vitamin dan 4 sumber mineral. ESP juga mempunyai kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

Satu set hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu!!!! Ianya rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Mengambil ESP sahaja atau dicampurkan bersama MealShake Shaklee dapat memekatkan susu badan yang dihasilkan oleh si ibu sekaligus mengenyangkan si comel 🙂

Alhamdulillah, untuk anak ke-2, saya mengambil set 3M ini. Syukur…dengan izinNya, anak saya masih menyusu badan walaupon sudah berusia 1 tahun dan saya yakin saya mampu menyusui anak saya sehingga 2 tahun seperti mana yang disarankan didalam Al-Quran.