Alhamdulillah Tok Nor boleh Dialisis Semula

Syukur atas NikmatMu ya Allah….

Alhamdulillah,  syukur sangat Tok Nor dah boleh dialisis macam biasa.

Seminggu lepas kene tahan di HUKM,  tukar tiub tersumbat. 5 hari di Renal ICU sbb continues bleeding & very low blood pressure. Berkampung mak kat hospital 5 hari… Ber’rehat’ daku di rumah jaga anak-anak.

Lepas keluar drp HUKM, kene dialisis sekali lagi di DEMC. Allah…. x boleh dialisis lagi sbb darah x boleh tarik keluar 😣. Dalam hati, kene cuti lagikah ditahun baru???

Mujur ada knowledge sharing daripada ahli keluarga #AHMM ttg fungsi OmegaGuard yang boleh melancarkan peredaran darah.. Dengan niat usaha & bertawakal kepada Allah, daku mintak Tok Nor telan 2 biji OmegaGuard sebelum berdialisis pada keesokan harinya di pusat dialisis Salak Tinggi.
image

Subahanallah…Alhamdulillah…. Berjaya buat dialisis!!! Dah  2 kali BERJAYA buat dialisis dengan mengamalkan pengambilan OmegaGuard.
image

Syukur ya Allah… Moga selepas ini tidak berlaku lagi masalah tube clogged:). Banyak perkara yg perlu dijaga dan dipantau bagi mereka yang menjalani hemodalisis ini. Antaranya,  kene pastikan tidak makan makanan yang mempunyai sumber potassium yang tinggi.

Sama-samalah kita berdoa moga ereka yang harus menjalani proses hemodalisis iji diberi kekuatan,  tenaga & semangat yangi tinggi serta kesihatan yang baik!

Aameen..

Advertisements

Power Coaching

Bulat tidak datang bergolek tanpa ada daya yang menggerakkannya. Begitu juga kejayaan dalam hidup kita.

Tanpa doa,  usaha,  istiqomah & tawakal (DUIT) kejayaan sukar dimiliki dan bertahan lama. Konsep TUDIA & BAD adalah konsep business berdasarkan ketuhanan yang penting untuk dipegang.

TUDIA; meletakkan Allah ditempat yang utama melebihi segalanya & BAD; bicara dengan Allah sebelum melakukan tiap urusan& tindakan.

Pada 29 November 2014 Allah telah datangkan bantuan kepada saya melalui mentor saya Kak Anissah Hussain untuk memberi & menguatkan kefahaman saya tentang selok-belok perniagaan Shaklee.

image

Saya sangat berbesar hati atas 3 perkara:
1. Keizinan suami saya menerima kunjungan seorang mentor bagi memajukan diri saya dimalam hari.

2. Ketekunan & keikhlasan seorang mentor (leader@nanny@upline) datang kerumah anak didiknya untuk menurunkan ilmu yang ada sebelum beliau cuti bersalin.

image

3. Sokongan daripada keluarga kami (suami kami, anak-anak kami yang memahami keinginan ibu mereka, ibu bapa & ahli keluarga lain) yang sangat ‘sporting’.

image

Banyak ilmu yang saya belajar… Khas buat ahli keluarga WeRExcellent, nantikan perkongsian ilmu yang saya pelajari di secret group shaklee kita ya!

Hamil Luar Rahim (Bahagian 2)

Saya disahkan Hamil Luar Rahim!

Di dalam entry saya sebelum ini, saya ada berkongsi tentang apa itu hamil luar rahim, bagaimana ianya terjadi, bagaimana ianya terjadi dan apa yang saya harus lakukan. Kali ini, saya ingin berkongsi lebih lanjut dengan anda, apa tindakan yang saya ambil apabila saya disahkan hamil luar rahim.

Apa akan jadi kepada saya?

Setelah mengalami pendarahan di pertengahan bulan, saya tekad berjumpa dengan doktor di klinik panel. Semasa berjumpa dengan doktor, antara soalan-soalan yang ditanya ialah:

  1. Bilakah hari pertama kali terakhir saya ‘period’.
  2. Berapa lamakah pendarahan ini berlaku.
  3. Adakah saya telah memiliki cahaya mata.
  4. Adakah saya pernah melakukan pregnency test.

Soalan-soalan ini bagi mengenal pasti samada saya sedang hamil atau tidak. Pada mulanya, doktor ingin melakukan ujian Pap Smear. Namun disebabkan saya tidak pernah melakukan pregnency test, maka doktor mengarahkan saya agar menjalani ujian pregnency test. Keputusan ujian itu adalah positif!!! Saya sangat gembira! Namun apabila mengenangkan saya mengalami pendarahan berserta sakit perut yang luar biasa, doktor merujuk kes saya ini kepada Pakar Sakit Puan.

Pertemuan pertama saya dengan Dr Seri Suniza

Semasa berhadapan dengan kebarangkalian saya hamil luar rahim, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan wanita. Maka, Allah telah memberi laluan mudah kepada saya untuk berjumpa dengan Dr. Seri Suniza di Prince Court Medical Centre, KL. Doktor melakukan ultrasound scan dan mendapati rahim saya kosong! Dengan itu, doktor semakin yakin saya sebenarnya mengalami kehamilan luar rahim.  Sejumlah darah saya diambil bagi menentukan tahap hormon hCG (human chorionic gonadotropin). Sekiranya tahap hCG saya adalah lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. Setelah ujian darah dijalankan, doktor membenarkan saya pulang. Namun saya harus kembali untuk melakukan ujian darah berikutnya dalam selang masa 2 hari.

Keadaan semakin kritikal

Saya meneruskan tugasan harian saya di pejabat pada keesokan harinya. Walaupon masih berlaku pendarahan, namun saya masih mampu bergerak. Di pejabat, saya ditakdirkan mengalami sakit perut yang memulas beserta rasa sesak nafas apabila berdiri atau duduk terlalu lama. Dengan pertolongan rakan sepejabat, saya dihantar semula ke PCMC. Saya dimasukkan ke bahagian kecemasan dan beberapa jam kemudian berjumpa semula dengan doktor Seri. Doktor memutuskan agar saya menjalani laparoscopic surgery .

Gambar Hiasan. Open Surgery vs Laparoscopic Surgery
Gambar Hiasan. Open Surgery vs Laparoscopic Surgery

Saya dibedah!

Pembedahan saya mengambil saya selama 4 jam. Setelah saya sedar daripada kesan bius, saya di hantar semula ke ward gynecology. Semasa berehat di ward, doktor telah menjelaskan apa yang telah berlaku kepada saya.

  1. Saya telah disahkan hamil luar rahim; kandungan saya pada masa itu dijangka berusia 2 atau 3 bulan.
  2. Keadaan salah satu fallopian tube saya adalah sangat kritikal; hanya menunggu masa untuk pecah.

Untuk mengelakan kejadian yang lebih buruk, doktor telah membuang fallopian tube saya yang tidak sihat. Janin dikeluarkan sekali dengan sempurna oleh doktor Seri. Maha Suci Allah, keadaan janin itu begitu sempurna (tidak terpisah daripada fallopian tube). Saya sangat bersyukur kerana membuat pilihan yang tepat; memilih doktor wanita yang tahu dan faham tentang sensitiviti saya selaku seorang ibu muda.  Setelah berehat beberapa hari di PCMC, saya dibenarkan pulang. Sebelum pulang, doktor telah memberi beberapa infomasi tentang keadaan saya sekarang dan kebarangkalian saya untuk hamil. wpid-img-20130729-wa0000.jpg Nantikan sambungan kisah saya didalam entry yang akan datang.

Hamil Luar Rahim (Bahagian 1)

Anda antara insan yang pernah mengalami ‘ectopic pregnancy’ atau ‘kandungan luar rahim’?

Saya adalah insan yang senasib dengan anda. Saya pernah mengalaminya seawal 6 bulan usia perkahwinan saya. Ia merupakan pengalaman yang sukar, namun dalam setiap kesempitan ada kelapangan… dalam setiap dugaan ada hikmahnya.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Apa itu Mengandung Luar Rahim?

Menurut artikel dalam BabyCentre.Com, hamil luar rahim juga dikenali sebagai ectopic pregnancy.

Perkataan ectopic bermaksud “di tempat yang salah”. Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.

95% kes kehamilan di luar rahim, implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy).

Bagaimana ia terjadi?

Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari (menurut babycentre.com) untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang.

4

Punca utama kehamilan seperti ini ialah:
1. Tiub falopio telah rosak;
2. Tiub falopio tersumbat atau sempit,

Dua faktor utama adalah antara punca bagaimana telur itu terhalang daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Bagaimana saya sedar akan perkara ini?

Saya mula menyedari bahawa saya hamil luar rahim apabila saya mengalami situasi dibawah:

1. Sakit perut secara tiba-tiba. Kesakitan ini ibarat perut yang memulas-mulas dan tidak berdaya untuk duduk atau berdiri.
2. Berlaku pendarahan berserta rasa sakit (bukan sakit senggugut) di pertengahan bulan; selepas saya tamat haid.
3. Keputusan kehamilan saya adalah positif. Namun, saya masih didatangi haid mengikut ‘normal period cycle’ saya.

Apa yang harus saya lakukan?

Setelah saya mengalami semua petanda diatas, saya SEGERA berjumpa doktor. Doktor akan mengeluarkan surat rujukan kepada pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut.

Baiklah… di dalam entery berikut saya, saya akan berkongsi pengalaman setelah saya disahkan mengalami ectopic pregnancy.

Apa akan jadi kepada saya? Bolehkah saya hamil?

Sambungan kisah saya dalam entry ini.

5 tips kendalikan si manja

Hari ini saya ingin berkongsi 5 tips yang saya amalkan apabila berdepan dengan anak-anak saya pada usia mereka (lingkungan 3 dan 1 tahun).
image

image

5 tips untuk si manja yang perlukan perhatian:

1. Toleransi dengan permintaan si kecil. Jika permintaan tidak terlalu sukar untuk dilaksanakan,  lakukan saja.

2. Jadi kawan kepada si kecil. Elakan bergaduh dengan anak-anak. Buruk tau kalau mak ayah bergaduh dengan anak-anak.

3. Tenang & layan saja kerenah mereka. Si kecil akan berubah menjadi lebih positif apabila diberikan perhatian. Di sini pembahagian tugas adalah penting untuk ibu bapa sekiranya kedua-dua anak kita perlukan perhatian serentak.

4. Sedar bahawa fasa ini adalah sementara. Si manja yg akan melepasi fasa sukar ini apabila berusia 5 tahun ke atas. Jadi, elakkan melakukan atau menunjukan perkara yang boleh mendatangkan konflik atau pergaduhan kepada anak-anak kita.

5.  Berikan contoh yang baik dan perilaku yang positif. Kita adalah role model kepada anak-anak kita samada kita sedar atau tidak.

Ibu, kau sumber inspirasiku

Assalamualaikum …
Syukur ke hadrat Allah kerana membuka hati saya untuk menyertai keluarga Shaklee pada akhir July 2013. Jodoh saya dan Shaklee bermula apabila saya menyedari keperluan supplement untuk meningkatkan kembali tenaga saya selepas melahirkan anak ke-2, bekerja di pejabat dan meningkatkan quality susu badan saya.

image

Ketika itu, Mommy Shaklee saya; Kak Aishah Hussain sangat banyak membantu memberi ilmu & kata-kata semangat tentang pengorbanan seorang isteri, ibu & kepentingan mengambil supplement. Kebetulan, sejak kelahiran anak ke2 ini emak saya baru sahaja pencen sebagai seorang guru. Keadaan kesihatannya ketika itu biasa-biasa sahaja; tetapi emak saya telah lama menghidap kencing manis, dan darah tinggi.

image

Pengorbanan emak saya; mengikut saya kemana sahaja saya pergi i.e outstation di Kerteh, Kedah, Pahang telah membuka mata saya betapa besarnya kasih saying seorang emak kepada anak & cucu-cucunya. Setiap malam semasa kami ber’outstation’, saya selalu tersedar di tengah malam; mendengar mak saya mengerang kesakitan & mengeluh kepenatan.
Bagi seorang anak, saya sangat susah hati. Apa yang boleh saya buat untuk membantu emak saya? Apakah yg boleh saya lakukan supaya emak saya kembali sihat & bertenaga?
Ketika itu, saya terdetik di hati saya bahawa saya harus berikan supplement yang terbaik untuk emak saya. Jadi saya bertekad untuk berShaklee kerana emak saya. Supplement pertama yang saya beli ialah Vivix, Set Rambut Prosante, ESP, OmegaGuard & Ostematrix. Secara automatiknya, saya telah menjadi seorang SID.
Menjadi SID dibawah empire #AHMM telah memberi peluang kepada saya untuk membaiki diri; menjadi lebih menghargai orang disekeliling kita, menjadi insan yg lebih dekat dengan Allah dan tidak pentingkan diri sendiri.
Setelah setahun menyertai Shaklee dan melakukan business ini, saya menyedari PUSH FACTOR saya – dimana mengapa saya harus berjaya di dalah Shaklee ialah emak saya! Tidak lupa juga kerana anak-anak saya!
image
Impian & Push Factor saya yang utama ialah menghantar emak & ayah saya menunaikan Haji/Umrah menggunakan duit bonus Shaklee saya serta menyediakan kemudahan atau keselesaan pembelajaran kepada anak-anak saya di sekolah yang terbaik serta menyediakan back-up financial yang kukuh untuk masa depan anak-anak saya.
Itulah push factor saya, EMAK & Anak-anak…
In sha Allah, saya akan usaha sebaik mungkin untuk merialisasikan impian ini… Ammin…

It’s Jumuah (Lyrics) by Raef

Assalamualaikum…

Ini ialah lagu favourite kami sekeluarga.. Kalau masuk kereta, inilah lagu requested by anak-anak.

Hayatilah lirik lagu ini.. Banyak perkara sunnah yang boleh kita amalkan

**************************************************************************************

It’s Jumuah

5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody’s rushing
Got to get down to the masjid
Got to say “Salam!” to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam’s on the minbar, talking about something like “Fiqh Az-Zakat”
They’re whispering, chatting from the crowd, don’t they know that it’s haram
I stand up, you stand up, prayer’s about to start “Qad, Qaamat es-Salaah”
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don’t step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It’s Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy
——
Parody of Rebecca Black’s “Friday”
Cover Lyrics : Faisal Siddiqi
Filmed in: Alef Bookstore (Cairo, Egypt)
Special Thanks : Alef Bookstores
Director: Karim Shaaban
© 2011 Awakening Records