Tag Archives: shaklee

GST oh GST

Selamat pagi semua.. Hari ini saya nak berkongsi & membuat pengumuman tentang GST & Shaklee.

Bermula 1 April 2015 nanti, semua produk Shaklee & keahlian baru akan dikenakan GST. Personally saya memang sangat berat hati kerana ianya bermakna peningkatan utk harga barangan & keahlian Shaklee. 

Namun, saya harus berfikiran POSITIF! Ini juga bermakna Shaklee WAJIB dijadikan platform untuk meningkatkan ekonomi diri & keluarga. 

Oleh itu, saya mencadangkan agar anda semua mengambil peluang, re-stock keperluan Shaklee anda sebelum dikenakan harga baru! 



Remember, positive thinking always make things become  more easy & manageable  😘

Hubungi saya untuk infomasi terkini;

Hana SID 968997 @ 019- 572 7240

Advertisements

Power Coaching

Bulat tidak datang bergolek tanpa ada daya yang menggerakkannya. Begitu juga kejayaan dalam hidup kita.

Tanpa doa,  usaha,  istiqomah & tawakal (DUIT) kejayaan sukar dimiliki dan bertahan lama. Konsep TUDIA & BAD adalah konsep business berdasarkan ketuhanan yang penting untuk dipegang.

TUDIA; meletakkan Allah ditempat yang utama melebihi segalanya & BAD; bicara dengan Allah sebelum melakukan tiap urusan& tindakan.

Pada 29 November 2014 Allah telah datangkan bantuan kepada saya melalui mentor saya Kak Anissah Hussain untuk memberi & menguatkan kefahaman saya tentang selok-belok perniagaan Shaklee.

image

Saya sangat berbesar hati atas 3 perkara:
1. Keizinan suami saya menerima kunjungan seorang mentor bagi memajukan diri saya dimalam hari.

2. Ketekunan & keikhlasan seorang mentor (leader@nanny@upline) datang kerumah anak didiknya untuk menurunkan ilmu yang ada sebelum beliau cuti bersalin.

image

3. Sokongan daripada keluarga kami (suami kami, anak-anak kami yang memahami keinginan ibu mereka, ibu bapa & ahli keluarga lain) yang sangat ‘sporting’.

image

Banyak ilmu yang saya belajar… Khas buat ahli keluarga WeRExcellent, nantikan perkongsian ilmu yang saya pelajari di secret group shaklee kita ya!

Ibu, kau sumber inspirasiku

Assalamualaikum …
Syukur ke hadrat Allah kerana membuka hati saya untuk menyertai keluarga Shaklee pada akhir July 2013. Jodoh saya dan Shaklee bermula apabila saya menyedari keperluan supplement untuk meningkatkan kembali tenaga saya selepas melahirkan anak ke-2, bekerja di pejabat dan meningkatkan quality susu badan saya.

image

Ketika itu, Mommy Shaklee saya; Kak Aishah Hussain sangat banyak membantu memberi ilmu & kata-kata semangat tentang pengorbanan seorang isteri, ibu & kepentingan mengambil supplement. Kebetulan, sejak kelahiran anak ke2 ini emak saya baru sahaja pencen sebagai seorang guru. Keadaan kesihatannya ketika itu biasa-biasa sahaja; tetapi emak saya telah lama menghidap kencing manis, dan darah tinggi.

image

Pengorbanan emak saya; mengikut saya kemana sahaja saya pergi i.e outstation di Kerteh, Kedah, Pahang telah membuka mata saya betapa besarnya kasih saying seorang emak kepada anak & cucu-cucunya. Setiap malam semasa kami ber’outstation’, saya selalu tersedar di tengah malam; mendengar mak saya mengerang kesakitan & mengeluh kepenatan.
Bagi seorang anak, saya sangat susah hati. Apa yang boleh saya buat untuk membantu emak saya? Apakah yg boleh saya lakukan supaya emak saya kembali sihat & bertenaga?
Ketika itu, saya terdetik di hati saya bahawa saya harus berikan supplement yang terbaik untuk emak saya. Jadi saya bertekad untuk berShaklee kerana emak saya. Supplement pertama yang saya beli ialah Vivix, Set Rambut Prosante, ESP, OmegaGuard & Ostematrix. Secara automatiknya, saya telah menjadi seorang SID.
Menjadi SID dibawah empire #AHMM telah memberi peluang kepada saya untuk membaiki diri; menjadi lebih menghargai orang disekeliling kita, menjadi insan yg lebih dekat dengan Allah dan tidak pentingkan diri sendiri.
Setelah setahun menyertai Shaklee dan melakukan business ini, saya menyedari PUSH FACTOR saya – dimana mengapa saya harus berjaya di dalah Shaklee ialah emak saya! Tidak lupa juga kerana anak-anak saya!
image
Impian & Push Factor saya yang utama ialah menghantar emak & ayah saya menunaikan Haji/Umrah menggunakan duit bonus Shaklee saya serta menyediakan kemudahan atau keselesaan pembelajaran kepada anak-anak saya di sekolah yang terbaik serta menyediakan back-up financial yang kukuh untuk masa depan anak-anak saya.
Itulah push factor saya, EMAK & Anak-anak…
In sha Allah, saya akan usaha sebaik mungkin untuk merialisasikan impian ini… Ammin…